Majlis Berbuka Puasa 2014

18 Julai 2014 – Badan Kebajikan Guru dan Staf SKBRBF telah berjaya menganjurkan satu Majlis Berbuka Puasa bertempat di kantin sekolah. Majlis ini yang berlangsung bermula dari pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam telah dihadiri oleh lebih kurang 60 orang, terdiri daripada keluarga guru-guru dan staf SKBRBF. Sebelum berbuka puasa, para hadirin telah mendengar sedikit tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh Tuan Guru  Besar, En. Arifin Bin Md Yusof. 

Selepas sesi berbuka puasa, para hadirin telah sama-sama menunaikan Solat Maghrib, Isyak dan Solat Tarawih di surau sekolah. Selesai Solat Tarawih, para hadirin telah menjamu hidangan moreh yang disediakan sebelum berangkat pulang ke rumah masing-masing.

Pihak sekolah ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis pada hari ini terutamanya Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Guru dan Staf serta penyedia jamuan makan, Puan Noor Azizah Binti Mohd Noor yang telah bertungkus lumus menyediakan makanan yang sedap-sedap untuk santapan pada hari ini. Diharapkan program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Insyaallah.

Advertisements

2 responses to “Majlis Berbuka Puasa 2014

  1. Tahniah !!

  2. Mabrouk !!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s