Penyampaian Hadiah Pemenang Karnival Prasekolah dan ISWAHYU

18 Ogos 2014 – Acara penyampaian hadiah bagi pemenang Karnival Prasekolah dan Ihtifal Semaian Wahyu (ISWAHYU) peringkat PPD Kuala Pilah telah diadakan pada perhimpunan pagi tadi. 

Seorang murid prasekolah telah dihantar oleh pasukan sekolah ini untuk menyertai Pertandingan Nyanyian Solo dalam Karnival Pendidikan Prasekolah peringkat PPD yang telah diadakan dari 7 hingga 14 Ogos 2014. Walaupun hanya mendapat hadiah saguhati sahaja, yang penting ialah keberanian yang telah ditunjukkan oleh Mohd Luqmanul Harraz diharapkan dapat menjadi pembakar semangat kepada murid-murid yang lain untuk menyertai program ini pada masa akan datang.

Sementara itu, bagi Pertandingan Ihtifal Semaian Wahyu (ISWAHYU), pihak sekolah juga telah menghantar pasukan untuk menyertai acara-acara yang dipertandingkan. Pertandingan ini telah diadakan oleh pihak PPD Kuala Pilah pada 12 Ogos 2014 yang lalu. Alhamdulillah, pasukan SKBRBF telah berjaya menjadi Johan dalam Kategori Kuiz Agama.

Tahniah buat semua murid yang telah menyertai dan mencapai kejayaan dalam pertandingan yang disertai. Terima kasih diucapkan kepada cikgu-cikgu dan ustazah-ustazah yang telah melatih dan membimbing murid. Mudah-mudahan sekolah kita akan dapat merangkul lebih banyak kejayaan dalam pertandingan-pertandingan yang akan diadakan pada masa akan datang. Insya Allah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s