Kejohanan Olahraga dan Sukaneka Sekolah 2014

27 Oktober 2014 – Kejohanan Olahraga dan Sukaneka Sekolah 2014 telah berjaya diadakan pada hari ini yang menyaksikan pertandingan merebut kejuaraan keseluruhan dimenangi oleh rumah Merah. 

Acara-acara ini disertai oleh semua murid bermula dari Prasekolah Comel sehinggalah murid tahun 6. Acara untuk ibu bapa dan para pegawai sukan juga diadakan pada akhir kejohanan. Upacara penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan 1, Pn. Hasmah Binti Taib. Terima kasih diucapkan kepada wakil dari PPD Kuala Pilah, En. Ahmad Yaacob juga telah hadir bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua murid, ibu bapa penjaga, guru-guru dan pentadbir sekolah yang telah menjayakan kejohanan sukan pada kali ini. Walaupun ada sedikit gangguan cuaca pada petang ini, tapi secara keseluruhannya program berjalan dengan lancar sehingga ke akhirnya. Alhamdulillah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s