Monthly Archives: June 2015

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2015

22 MEI 2015 – Satu Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SKBRBF telah diadakan selama dua hari satu malam di kawasan sekolah ini. Ini merupakan aktiviti tahunan bagi mengumpulkan semua murid dari Unit Beruniform Pengakap dan Puteri Islam di dalam satu program perkhemahan. Pelbagai aktiviti berbentuk kemahiran hidup dan secara berkumpulan telah disusun bertujuan memberikan pengalaman kepada murid untuk merasai hidup berdikari. Syabas kepada semua murid yang telah mengikuti perkhemahan ini. Anda semua memang terbaik. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat menjayakan perkhemahan pada tahun ini.  Continue reading

LDP : VLE 1BESTARINET

13 JUN 2015 –  Satu program Latihan Dalam Perkhidmatan telah diadakan oleh Unit ICT SKBRBF berkaitan VLE Frog 1Bestarinet telah diadakan pada hari ini. Latihan ini telah dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En. Abdullah Sani. Program ini bertujuan memberikan latihan kepada guru-guru tentang cara pembinaan Site di dalam Vle Frog ini. Walaupun terdapat kekangan dalam mengumpulkan semua guru untuk hadir ke latihan ini lantaran ramai yang terlibat dengan mesyuarat dan kursus, program ini dalam dijalankan juga dengan guru-guru yang ada. Di samping itu juga, terdapat kekangan dalam capaian internet memandangkan banyak laptop digunakan untuk mengakses internet. Namun begitu, fasilitator yang mengendalikan LDP ini dapat menyampaikan isi kandungan dan juga kemahiran untuk dipraktikkan oleh guru-guru semasa di rumah nanti. Terima kasih kepada En. Abdullah Sani yang telah sudi berkongsi ilmu beliau bersama guru-guru di sekolah ini.  Continue reading