Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2015

29 Mei 2015 – Satu Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan diadakan di sini pada hari ini. Sambutan yang bertemakan “Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak” dimulakan dengan bacaan Yassin pada awal pagi. Kemudian acara diteruskan lagi Senamrobik dan Sukaneka Hari Guru melibatkan semua guru dan staf SKBRBF yang telah diadakan di dataran perhimpunan sekolah. Selepas rehat, majlis seterusnya diteruskan di dewan sekolah dengan acara ucapan Guru Besar, ucapan wakil murid dan persembahan oleh semua murid. Walaupun berdepan dengan kekangan masa, majlis dapat berjalan dengan lancar. 

SKBRBF juga telah menerima sumbangan Kek Hari Guru daripada Bank Rakyat cawangan Kuala Pilah yang telah disampaikan oleh wakilnya. Pada akhir majlis, penyampaian hadiah kepada semua guru dan staf yang telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan HEM, Pn. Hjh Halimahton Bt. A. Ibrahim dan juga Guru Besar SKBRBF, Pn. Julaiha Bt. Mohd Zain.

Pengerusi Kelab Kebajikan Guru dan Staf SKBRBF ketika dihubungi oleh pemberita, melahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada Bank Rakyat cawangan Kuala Pilah yang telah sudi menyampaikan sumbangan Kek Hari Guru kepada pihak sekolah. Beliau juga melahirkan ucapan tahniah kepada semua guru dan staf yang telah mengambil bahagian secara aktif dalam sambutan hari guru pada hari ini. 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s