Category Archives: Kurikulum

LDP : VLE 1BESTARINET

13 JUN 2015 –  Satu program Latihan Dalam Perkhidmatan telah diadakan oleh Unit ICT SKBRBF berkaitan VLE Frog 1Bestarinet telah diadakan pada hari ini. Latihan ini telah dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En. Abdullah Sani. Program ini bertujuan memberikan latihan kepada guru-guru tentang cara pembinaan Site di dalam Vle Frog ini. Walaupun terdapat kekangan dalam mengumpulkan semua guru untuk hadir ke latihan ini lantaran ramai yang terlibat dengan mesyuarat dan kursus, program ini dalam dijalankan juga dengan guru-guru yang ada. Di samping itu juga, terdapat kekangan dalam capaian internet memandangkan banyak laptop digunakan untuk mengakses internet. Namun begitu, fasilitator yang mengendalikan LDP ini dapat menyampaikan isi kandungan dan juga kemahiran untuk dipraktikkan oleh guru-guru semasa di rumah nanti. Terima kasih kepada En. Abdullah Sani yang telah sudi berkongsi ilmu beliau bersama guru-guru di sekolah ini.  Continue reading

Advertisements

Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia

4 November 2014 – Kem Membaca 1Malaysia 2014 telah diadakan di sekolah ini. Ia merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat.  Continue reading